Followers

Sunday, May 22, 2011

COKLAT!! COKLAT!!!





sekarang ni saya syok sangat buat coklat, Gambar diatas adalah antara coklat yg dah saya hasilkan, Coklat tu berisi biskut oreo di dalamnya dan memang sedap. ada baynak lagi gambar2 coklat yg dah saya buat atas tempahan rakan2 utk pelbagai majlis. nanti ada masa saya uploadkn gambar2 tu. sekarang ni dah ngantuk sangat,,nak tidur dulu. bukan apa, takut lambat bangun gi keje esok. wassalam.



Mini Kusyen

Kusyen diatas adalah tempahan kwn sekerja yg ingin menghadiahkannya kepada anaknya. Kusyen ni kecil sikit saiznya dari yang saya slalu buat . Harga sepasang RM90 termasuk isiannya.

HAPPY BIRTHDAY



Ini adalah wall hanging yang saya hasilkan sebagai hadiah untuk seorg kwn. Hrp2 beliau menyukainya.

BEG

Salam...
dah lama sangat saya tak update blog ni..maaflah ye. lepas habis cuti bersalin , terus sibuk dgn keje kat skolah. sekarang pulak sibuk kena check paper exam...minggu depan sibuk dengan sukan pulak...tak tau bila free. ini pun curi2 masa untuk uploadkn gambar-gambar terbaru.
gambar di atas adalah beg sandang yg saya hasilkan sendiri dr A ke Z. Lepas siap, terus pakai ke sekolah. Tak sangka ramai pulak yg berminat.. so, kawan- kawan..happy viewing.

Tuesday, February 15, 2011

HIASAN DINDING

Maaf...orientasi gambar masih tak betul...
Lagi gambar hiasan dinding dari saya..kali ni 'Welcome' pulak, bunganya simple-simple aje...Enjoy viewing...

Thursday, February 10, 2011

HIASAN DINDING

HIASAN DINDING


Salam...

Hari ni saya nak kongsikan satu lagi hasil RE yang saya buat baru-baru ni, iaitu hiasan dinding. Ucapan terima kasih harus dipanjangkan kepada Pn Ann kerana kesudian beliau memuatkan tutorial menghasilkan hiasan dinding di dalam blog beliau. Maaflah sebab tak pandai nak edit gambar supaya berada dalam keadaan menegak, maklumlah...masih baru merangkak dalam dunia blogging.





Ini pula gambar close-up. Hampir seharian duduk menyulam perkataan ' Home Sweet Home' tu, maklum lah buat secara manual..sulam tangan, bukan mesin.



ok ke? harap dpt diberikan komen...

Wednesday, February 2, 2011

Koleksi Terbaru





Gambar di atas adalah mini kusyen berbentuk bulat dengan sulaman di tengah-tengahnya. Niat asal nak buat wall decor tapi last minute terasa nak cuba jadikan macam bantal pula. jadi, inilah hasilnya. 'Selamat Hari Ibu' ......memang lambat lagi tapi bagi sesiapa yang berminat bolehlah menempah sekarang, lagipun ini cuma contohnye aje...boleh letak happy birthday ke..etc.

Thursday, January 20, 2011

Sarung Kusyen



Lagi gambar- gambar sarung kusyen dari saya. Layan ajelah yer...Kalau berminat, bolehlah tempah. Seperti dalam lagu tu..'Boleh pandang-pandang, boleh pegang-pegang, takyah segan-segan, kalau suka ,pesan ( telah diubahsuai). Yang Purple tu tempahan kawan utk hari perkahwinannya dan kat bawah ni pun tempahan dari kawan jugak. Ok tak?

Sarung Kusyen



Ini merupakan sarung kusyen terbaru yang sedang saya siapkan untuk tempahan seorang rakan. Bersaiz 16'x16' dan dijahit piping sekelilingnya. mungkin gambar tak berapa jelas kan...Nanti jika berkesempatan akan saya uploadkan gambar yang lebih jelas ok...

Penyeri Hidupku



Ini adalah gambar penyeri hidup saya, Hakim, Nina dan Danial Asyraf. Anak-anak menjadi pendorong utama dalam hidup saya setelah ibu meninggal dunia pada tahun lepas. Melihat wajah anak-anak membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja demi masa depan mereka. Saya sentiasa berdoa agar anak-anak saya menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Selain itu saya juga berdoa agar dapat memjadi ibu yang baik untuk mereka. Tercapaikah? Satu kelemahan saya yang paling besar....cepat marah. Camana nak atasi yer?

Cuci Mata....


Ini merupakan antara hasil sulaman riben (RE) yang terawal saya hasilkan. Saja cuba-cuba buat menggunakan warna macam kat dalam gambar tu. Mula-mula nampak pelik sikit, tapi bila dah masuk frame dan dah digantung kat dinding, nampak ok jugak.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..

Salam perkenalan buat semua pembaca blog yang sudi menjengah ke blog ini. Blog ini adalah satu hamparan untuk saya menyajikan dengan hasil-hasil sulaman riben dan juga kraf yang saya hasilkan. Saya memang sangat berminat dengan kraf dan rasa seronok sangat sekiranya dapat mempelajari sesuatu ilmu baru berkenaan kraf. Sekiranya pembaca blog ingin berkongsi ilmu kraf, sangatlah saya alu-alukan.
happy viewing...